Sohar – Yankul – Ibri – Bahla – Jebel Akhdar Drive

yankul-012
Hujung minggu pertama bulan Mac lalu, kami sekeluarga sempat memandu melalui beberapa bandar-bandar lama, bermula dari Sohar ke Yankul, Ibri, Bahla, Nizwa dan singgah di Jebel Akhdar sebelum pulang semula ke Sohar melalui bandar Muscat.

Sebelum 6.30 pagi, kami dah memulakan perjalanan dan singgah sekejap untuk sarapan di Yankul sambil menikmati pemandangan gunung-ganang yang lain dari apa yang kita biasa lihat di semenanjung.
yankul-022

Salah satu tempat yang sempat dikunjungi ialah Kota lama Jibren.

Kota Jibren (Jibren Fort) telah dibina oleh Imam Sultan bin Saif Al Ya’arubi pada tahun 1670 Masehi sebagai kubu pertahanan dan kediamannya. Ruang- ruang di dalamnya dihiasi dengan banyak seni ukir halus.

Mempunyai 2 menara pandang dengan dinding setebal 2 meter yang dibina oleh Bil’arab bin Sultan, salah seorang Imam dari Dinasti Ya’aruba yang hidup di kurun 17. Makam Imam Bil’arab terletak di dalam Kota Jibren ini.

Kota Jibren merupakan salah satu dari beberapa kota-kota purba yang sering dikunjungi pelawat di Oman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: