Kemalangan Di Sohar Port

21 02 2009

sohar-port-morning-accident-20-02-09Pagi ni dalam perjalanan ke pejabat, terserempak lagi aku dengan kemalangan di “service road” bersebelahan dengan Sohar Port. Hampir setiap minggu aku akan bertembung dengan kemalangan jalanraya di Sohar ni. Baru minggu lepas dapat email updates pasal statistik kemalangan jalanraya di kawasan Sohar Port ni yang mengesahkan 9 kemalangan maut pada tahun 2008. Kalau nak dibandingkan di Malaysia, satu hari mungkin dekat 20 orang yang maut akibat kemalangan jalanraya.

Di Sohar Port ni, angka 9 tu boleh dikatakan menggerunkan juga pasal jumlah pengguna jalanraya di kawasan ini tidaklah  setinggi mana – bayangkan jumlah keseluruhan penduduk di bandar Sohar pun tak sampai 40 ribu orang – keseluruhan penduduk Oman tidak sampai 2 juta dengan keluasan negeri hampir menyerupai Malaysia.

Lebuhraya di Oman ni dikira amat baik dengan 2 lorong setiap hala dan hampir setiap 3km dipasang kamera perakam kelajuan. Walaupun begitu had kelajuan 120km (kamera merakam kelajuan lebih 140km), dengan kebanyakan kereta di sini dilengkapi enjin berkapasiti besar dan lebuhraya yang lurus, seolah mencabar kebanyakan pemandu untuk merasa memandu selaju yang boleh.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: