Raja Petra Gagal Untuk Paksa Hakim Augustine Tarik Diri

17 02 2009

PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak permohonan editor laman web ‘Malaysia Today’, Raja Petra Raja Kamaruddin agar Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S. Augustine Paul menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpusnya.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam keputusannya berkata mereka berpuas hati bahawa permohonan itu dibuat tanpa sebarang merit.

Terdahulu itu, sebelum mendengar permohonan itu, Hakim Augustine memberitahu mahkamah bahawa beliau mahu menarik diri dari prosiding tersebut.

Selepas beliau meninggalkan panel, peguam Raja Petra, Malik Imtiaz, memaklumkan bahawa permohonan itu tidak boleh didengar oleh dua hakim yang sedia ada atas alasan Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman memerlukan panel kehakiman dibarisi oleh tiga Hakim Mahkamah Persekutuan.

Mengenai persoalan itu, Hakim Nik Hashim berkata mereka mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan itu mengikut Seksyen 78 akta yang sama.

Malik, yang menyambung hujahannya, berkata timbul bahaya ketidakadilan oleh Hakim Augustine jika dia duduk dalam panel untuk mendengar rayuan itu.

Katanya Raja Petra telah memberi ulasan dalam beberapa artikel di Internet mengenai Hakim Augustine sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Hakim Augustine, sebagai hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan habeas corpus Raja Petra pada 2001 tetapi Mahkamah Persekutuan kemudian membebaskannya.

“Anak guam saya mempersoalkan integriti Hakim Augustine secara konsisten dan kini hakim itu mendengar kes ini. Jika mahkamah membenarkan rayuan (oleh Menteri Dalam Negeri) maka timbul tanggapan awam bahawa ini dilakukan secara sengaja.

“Hakim juga merupakan manusia biasa, mereka tidak kebal dari berat sebelah,” kata Malik.

Selepas menolak permohonan itu, mahkamah kemudian menjemput Augustine untuk kembali semula ke panel untuk mendengar tiga lagi permohonan yang dikemukakan oleh Raja Petra.

Raja Petra telah memohon untuk sidang panel lima atau tujuh hakim bagi mendengar rayuannya atas alasan kes itu membabitkan isu-isu perlembagaan yang rumit. Permohonan itu ditolak.

Permohonan bagi mengemukakan afidavit sampingan dalam rayuannya serta nota-nota prosiding perbicaraan kes fitnah yang sedang dilaluinya, di mana dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Tun Majid Tun Hamzah, juga ditolak.

Malik kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa Raja Petra mahu menarik rayuan balas.

Mahkamah kemudian menetapkan Isnin depan untuk mendengar hujahan dari peguam bagi pihak Menteri Dalam Negeri yang merayu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Nov tahun lalu untuk membebaskan Raja Petra daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). – BERNAMA


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: