Sultan Perak Dimaki

8 02 2009


Gambar Ihsan Pinkturtle

Begitu banyak berita-berita dan isu-isu hangat mengenai kemelut politik di negeri Perak sekarang ni. Persoalan nya, adakah hanya dengan tidak bersependapat, melayakkan sesiapa sahaja menggunakan kata-kata kesat dan mencaci. Mencaci tidak membuatkan orang yang melakukannya lebih baik daripada si polan yang dicaci. Kebiasaannya, adalah lumrah manusia untuk menyesali keterlanjuran perbuatan dan perkataan kerana ketidak-sempurnaan kita sebagai hamba Allah. Dan ada baik nya jika kita menggunakan nikmat Akal yang diberikan tuhan untuk menilai diri kita dahulu sebelum melangsaikan apa-apa niat yang terbuku di hati.

Aku bukan lah ahli mana-mana kumpulan atau pertubuhan politik dan aku juga bukan anak negeri Perak, cuma, aku pernah bertugas di Perak lebih dari 6 tahun termasuklah di bandar diraja Kuala Kangsar.

Yang pastinya aku dididik oleh kedua orangtuaku semasa kecil tentang asas kehidupan iaitu untuk menghormati orang lain dan atas dasar didikan itu juga lah aku mendidik anak-anak aku tentang nilai-nilai perkara yang sama. Betapa, anak-anak kita akan melihat apa yang kita buat hari ini sebagai rujukan mereka di hari kemudian… dan sejarah lazimnya berulang. Kita tidak perlukan ulangan sejarah Si Kitul.

Setelah beberapa lama hidup di negara orang (Asia Tenggara dan Timur Tengah) dan pernah beberapa kali melihat sendiri huru-hara di depan mata, membuat sesiapa sahaja yang seperti ku bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada kita di Malaysia nikmat keamanan dari bencana peperangan dan nikmat kemewahan harta benda serta sentiasa menginsafi betapa pentingnya keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang ini kita jaga dan pupuk. Sedangkan lidah lagi tergigit…. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai.

Atas dasar apa sekalipun ‘Niat tidak pernah menghalalkan Cara”.

Tajuk Berkaitan Di Sini
Sultan Perak Dimaki
Buku Pelawat Pejabat DYMM Sultan Perak D.R.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: