Cuti Bola di Oman Hari Ini

18 01 2009

Hari ini adalah cuti umum terpijak bagi seluruh Oman setelah pasukan bolasepak mereka menjadi juara malam tadi apabila mengalahkan jaguh dari Arab Saudi dalam pertandingan akhir bolasepak Gulf Cup ke 19. Oman menang dalam penentuan sepakan penalti “sudden death” yang berkesudahan dengan keputusan 6-5.

Aku memang peminat bolasepak fanatik semasa zaman persekolahan (sempat lah mewakili pasukan sekolah) sehinggalah beberapa tahun dahulu di waktu yang sama iklim bolasepak Malaysia mula mengalami zaman kemurungan.

Namun malam tadi, diwaktu kebanyakan tempat lengang dan sunyi serta sebilangan besar orang di Timur Tengah melekat di depan kaca TV atau pun berada sendiri di stadium Sultan Qaboos di bandaraya Muscat, menyaksikan perlawanan tersebut, aku dan 3 buah hatiku (anak anak) pulak menghabiskan waktu bermain bolasepak santai di taman permainan yang terletak di Sohar Corniche, tidak jauh dari rumah kami di bandar Sohar. Buat pertama kali dalam entah berapa lama, aku rasa sangat aman berada di taman permainan ini, cuma kami anak beranak, kecuali isteriku yang membuat keputusan untuk berseorangan di rumah setelah penat melayan kerenah anak-anak di waktu siang nya (terima kasih duhai isteriku). Betapa masa yang berlalu telah merubah banyak keutamaan hidupku kini.
Sohar Corniche

Yang pastinya, negara-negara di dunia ini juga perlu merubah keutamaannya untuk menjadi tempat yang lebih aman dan makmur buat seluruh penghuni sejagat, ameen.

Klik Di Sini Oman lift Gulf Cup with shootout win


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: